Wednesday 8 February 2012

•♥• Wahai Adam Pemimpin & Hawa Yang Dipimpin •♥•

Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu 
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia 
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang.. 
Wanita akal senipis rambutnya 
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita 
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah 
Masih mencari walau ada segalanya 
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.. 

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok 
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok, 
menghasilkan bayang yang lurus .. 
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah 
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah 
Didiklah mereka dengan panduan darinya 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta 
kerana nantinya mereka semakin liar 
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan 
kerana nantinya mereka akan semakin derita 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal 
Di situlah punca kekuatan dunia .. 

Akal senipis rambut tebalkanlah nya, ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak 
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin.. 
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya 
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan 
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah 
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya 
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan 
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus 
Bahkan akan semakin membengkok 
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya 

Bila wanita menjadi derhaka 
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara... 
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata 
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah 
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu 
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' 
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah... 
Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa! 

Lindungilah hawa itu. 
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik. 
Lindungilah hawa itu 
Lunakkan telingamu dan ajarinya 
dengan nafas alunan suci Quran... 
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam, 
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan, 
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi 
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha 
mengkafarahkan dosa-dosa kecil.. 

Wahai lelaki . . . Wahai adam, 
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya 
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya 
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya 
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu 
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan 
Ingatlah wahai lelaki.. ♥ 

Wahai lelaki yang punya peranan besar, 
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dengan baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya.. 
Moga dia menunggumu di SYURGA SEBAGAI BIDADARIMU . . . . 


No comments:

Post a Comment